Followers

December 17, 2010

perkahwenan . suatu perlayaran hidup .

Assalamualaikum ! aloo . tibatiba hari ne hati terdetik nak menulis tentang perkahwenan . almaklumlah , dalam masa seminggu lagik akak saya yang sulung akan menamatkan zaman poyapoya beliau dengan jejaka pilihan hati . mintakmintak majlis yang akan berlangsung berjalan lancar && diberkati Allah . amin . InshaAllah . :)
pada sesiapa yang dah lama berpasangan tu , apa salahnya buat one step forward kan? sampai bila asyik berjanji bersumpah setia sehidup semati tapi hampehss , habuk pun takda . oh ! sorry . teremo sudah . haHa !
Rasulullah S.A.W jugak menggalakkan kita termasuk saya, ehem supaya berkahwen sekiranya sudah mampu dari segi batiniah && lahiriah untuk menjaga nama agama Islam && jugak menjaga kehormatan diri . sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

so kepada korangkorang yang dah mampu sangat tu , apa salah nya ambik peluang ne masuk ke satu fasa yang baru ? hidup berpasangan . bestt kot . bangun pagipagi ada bantal peluk extra kat tepi . malammalam pun ada sama jugak . ada bodyguard menunggu . so kalau takot hantu ke malammalam gitu , jangan risau bodyguard kan ada . haHa . oke masuk fasa melalut la pulak ne. huHU. && yang paling penting tak dapat dosa free sebab asyik dok ke hulu ke hilir berdua saja .
oke take note ye part tu . :P

tapi bila dah kawen tu harapharap korang dapat la jaga sebaik mungkin . takot kot dengar banyak sangat keskes ceraiberai ne . mintak dijauhkan ye . nauzubillahi min zalik . tak nyesal ke bercintancintun bertahuntahun , duit banyak habis untuk majlis kawen lagik , tuptup dengardengar cerita dah takda apaapa . itu satu hal , dah tu kalau dah yang beranakpinak tu macam mana pulak ? tak kesian ke dengan anakanak ? so , pikir la sehabis mungkin sebelum nak buat keputusan untuk berkawen . mintak petunjuk dari Allah . banyakkan solat istikharah . jika benar si dia jodoh yang terbaik untuk diri kita , mintak Allah permudahkan urusan kita . mintak Allah jauhkan kita dari sebarang perbuatan yang melampaui batasbatas dalam Islam . inshaAllah . amin . :)

Rabb..
Betapa banyak orang yang mengumbar dusta atas nama cinta…
Aku sama sekali tak mengerti..
Betapa banyak orang yang menangis kerana tersakiti oleh cinta..
Aku tak mengerti..
Tak sedikit orang yang hancur juga katanya kerana cinta..
Aku sungguh tak mengerti..
Namun ada pula yang bahagia, juga katanya kerana cinta..
Kembali aku tak mengerti..
Rabb..
Pada-Mu ku katakan aku tak tahu apa itu cinta..
Seperti apa jatuh cinta..
Dan bagaimana itu cinta..
Aku pernah menaruh harapan pada manusia,
Namun kekecewaan yang ku dapatkan,
Rabb bila itu jatuh cinta..
Jangan biarkan aku merasakannya lagi..
Aku pernah memelihara kesetiaan pada manusia,
Kembali pengkhianatan yang kurasakan,
Bila itu disebut cinta,
Kumohon jauhkan aku darinya..
Pernah pula kurangkai mimpi,
Membangun istana yang indah dengan manusia..
Namun semuanya porak-poranda,
Bila itu yang namanya cinta, matikan rasa itu padaku..
Rabb..

Aku hanya ingin jatuh cinta pada seseorang yang juga mencintai-Mu..
Aku hanya ingin menaruh harapan, pada seseorang yang hanya berharap pada-Mu..
Aku hanya ingin memelihara kesetiaan pada dia yang mau menggadaikan diri dan jiwanya pada-Mu..
Aku hanya ingin merajut mimpi membangun seribu istana, pada dia yang merindukan wajah-Mu..
Rabb..
Ini janjiku pada-Mu..
Bila kelak Kau mempertemukan aku dengannya..
Maka Akan ku persembahkan selaut cintaku padanya..
Menjadikannya satu-satunya perhiasan terindah di mata dan hatiku,
Bukan kerana keindahan fizikalnya..
Akan ku jaga kehormatannya dengan sebaik-baiknya,
Bukan kerana kedudukannya yang tinggi..
Akan kudidik generasi-geberasi penerus kami menjadi generasi rabbani,
Bukan kerana kenikmatan dunia..
Namun kerana cintaku, cintanya, cinta kami..
Terikat oleh Cinta-Mu..

No comments:

Post a Comment

orang kata shekyn hamzah cumil . weeee

COPYRIGHT 2011 SHEKYN HAMZAH