Followers

May 17, 2011

Sinopsis Nora Elena | Slot Akasia TV3 and HAPPY TEACHERS' DAY


Sinopsis Drama Nora Elena
[ adaptasi novel KASIH YANG SUCI ]



HAHAHA . oke . control sikit kinkin. =.="
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
cuti-cuti macam sekarang ne memang sah-sah takda kerja nak buat . so , petang-petang memang kerja dok mengadap tv la jawab nye . tiba-tiba tersangkut pulak dengan cerita Nora Elena ne . mana tak nye , abang angkat berlakon tuuu . mesty && wajib sangat-sangat tengok . HAHA . pasan . ehem .


cerita ne diadaptasi dari novel Kasih yang Suci karya Meen Zulaikha . aha ! bila bercakap pasal novel je , teringat la zaman muda belia dulu . saya memang hantu novel .  satu novel boleh habiskan dalam masa beberapa jam je . sanggup tak tido malam semata-mata nak habiskan novel tu . nak pulak kalau novel tuu novel pinjam , dah sampai turn orang lain so memang la kena pass kat orang lain pulak kan ? so , better baca cepat-cepat . kalau tak , sayang sangat . rugii oo kalau tak baca sampai habis . kira kalau dolu-dolu siapa yang taktau certain-certain novel tuu kira macam outdated la . HAHA . macam tuu sekali kan ? HAISH ! buku revision sekolah tak pulak macam tu kan ? HAHA


teringat zaman sekolah , buku revision yang paling teruk lunyai koyak rabak mesti la buku SCIENCE . aha ! terbukti kasih sayang saya kat buku tuu . HAHA . lagik pun , subjek SCIENCE  yang saya paling minat masa sekolah-sekolah dulu .  cekgu pulak sporting . so , makin bersemangat la nak menjiwai bahasa SCIENCE ne . HAHA .


haaa ! bercakap pasal sekolah && cekgu , saya pun ingin la sangat nak ucap HAPPY TEACHERS' DAY untuk semua warga pendidik .  so , malas sangat nak tulis lain , saya tempek je gambar status saya hari tu yek . HIHI . 


klik untuk tumbesaran gajah


ne pulak ucapan untuk cekgu SCIENCE kesayangan saya . :)


klik untuk tumbesaran gajah
oke lah , sudah la tuu . jum sambung baca novel balik . almaklumlah , lepas-lepas tengok cerita NORA ELENA ne , tiba-tiba semangat nak membaca novel membuak-buak . KIH3 !


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.”  
SETH TAN

:) (:

by the way , AHMAD SETH TAN dah accepted saya dekat FACEBOOK . excited weyy . HAHA . opss . bukan apa , saja je nak bagi sorang tuu jeles . sebab orang tuu yang excited nak add . oh ! lupa pulak . orang tuu nak add QASEH SUCI . tapi tak jumpa . kesian . HUK3 ! saya jumpa je . tentu silap eja tu kan MUNCET . HAHA . tapi sayang ,  QASEH SUCI tak approve pun lagik . kalau tak , boleh nak menunjuk . emmmmm . . . astaghfirullah .  =.=" HEHEHE 


klik untuk tumbesaran gajah

klik untuk tumbesaran gajah

HAHAHA . oke ? sila lah jeles . KIH3 !

No comments:

Post a Comment

orang kata shekyn hamzah cumil . weeee

COPYRIGHT 2011 SHEKYN HAMZAH