Followers

May 17, 2011

Sinopsis Nora Elena | Slot Akasia TV3 and HAPPY TEACHERS' DAY


Sinopsis Drama Nora Elena
[ adaptasi novel KASIH YANG SUCI ]



HAHAHA . oke . control sikit kinkin. =.="
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
cuti-cuti macam sekarang ne memang sah-sah takda kerja nak buat . so , petang-petang memang kerja dok mengadap tv la jawab nye . tiba-tiba tersangkut pulak dengan cerita Nora Elena ne . mana tak nye , abang angkat berlakon tuuu . mesty && wajib sangat-sangat tengok . HAHA . pasan . ehem .


cerita ne diadaptasi dari novel Kasih yang Suci karya Meen Zulaikha . aha ! bila bercakap pasal novel je , teringat la zaman muda belia dulu . saya memang hantu novel .  satu novel boleh habiskan dalam masa beberapa jam je . sanggup tak tido malam semata-mata nak habiskan novel tu . nak pulak kalau novel tuu novel pinjam , dah sampai turn orang lain so memang la kena pass kat orang lain pulak kan ? so , better baca cepat-cepat . kalau tak , sayang sangat . rugii oo kalau tak baca sampai habis . kira kalau dolu-dolu siapa yang taktau certain-certain novel tuu kira macam outdated la . HAHA . macam tuu sekali kan ? HAISH ! buku revision sekolah tak pulak macam tu kan ? HAHA


teringat zaman sekolah , buku revision yang paling teruk lunyai koyak rabak mesti la buku SCIENCE . aha ! terbukti kasih sayang saya kat buku tuu . HAHA . lagik pun , subjek SCIENCE  yang saya paling minat masa sekolah-sekolah dulu .  cekgu pulak sporting . so , makin bersemangat la nak menjiwai bahasa SCIENCE ne . HAHA .


haaa ! bercakap pasal sekolah && cekgu , saya pun ingin la sangat nak ucap HAPPY TEACHERS' DAY untuk semua warga pendidik .  so , malas sangat nak tulis lain , saya tempek je gambar status saya hari tu yek . HIHI . 


klik untuk tumbesaran gajah


ne pulak ucapan untuk cekgu SCIENCE kesayangan saya . :)


klik untuk tumbesaran gajah
oke lah , sudah la tuu . jum sambung baca novel balik . almaklumlah , lepas-lepas tengok cerita NORA ELENA ne , tiba-tiba semangat nak membaca novel membuak-buak . KIH3 !


“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.”  
SETH TAN

:) (:

by the way , AHMAD SETH TAN dah accepted saya dekat FACEBOOK . excited weyy . HAHA . opss . bukan apa , saja je nak bagi sorang tuu jeles . sebab orang tuu yang excited nak add . oh ! lupa pulak . orang tuu nak add QASEH SUCI . tapi tak jumpa . kesian . HUK3 ! saya jumpa je . tentu silap eja tu kan MUNCET . HAHA . tapi sayang ,  QASEH SUCI tak approve pun lagik . kalau tak , boleh nak menunjuk . emmmmm . . . astaghfirullah .  =.=" HEHEHE 


klik untuk tumbesaran gajah

klik untuk tumbesaran gajah

HAHAHA . oke ? sila lah jeles . KIH3 !

May 13, 2011

salih yakob bakal berkahwin buat kali keempat


alhamdulillah . sejuk perut dengar Salih Yakob nak kawen lagi buat kali ke-4 . [sebenarnye seram sejuk . HAHA ] tapi , bagus la tu kan . kalau dia mampu apa salah nye . as long as dia boleh jalankan tanggungjawab dia dengan adil . :)

salute jugak la untuk isteri-isteri dia yang memang terima dengan hati terbuka . daripada takot laki buat benda tak elok kat belakang , baik relakan aje . betul ke idak tuu ?

cakap memang pandai betul kinkin ne , tapi kalau jadi kat diri sendiri memang agaknye bergegar bumi ne dok teriak duopluhpat jam . HAHA . mintak maaf sangatsangat la eh . saya jenis tak suka berkongsi . ne kan pulak laki . oh ! nooo ! tak kuasa mak nok ! kau nak kawen , sila lepaskan aku yek ! [ eh , terover emo la pulak . kih3 ! ]

antara faktor Emi [ bakal isteri ke-4 Salih Yakob ] sukakan Salih Yakob sebab hidung nye . dari hidung jatuh ke hati . :)


oh ! man . kenapa mesti hidung ? kenapa tidak telinga nye ? hik3 ! just kidding . jangan marah yek abang Salih Yakob . moga berbahagia dengan isteri-isteri tercinta && tersayang ye . AMIN . . .  :)

nak kena perbetul hidung yang herot ne la lepas ne . nanti ada la orang yang terpikat . kih3 !

" saya pun suka hidung MUNCET "

kah ! 

kah ! !

kah ! ! !

maap MUNCET !  :P


May 11, 2011

HUJAN !

oh hoiii ! hari ne HUJAN ! . best gilaaa . dah lama kott tak hujan macam ne . kalau hujan pun kejap-kejap je . ala-ala malu gituu . tapi hari ne memang hujan yang teramat best ! bangun pagi hujan . makan hujan . buat kerja hujan . tak buat kerja hujan . HUHU . memang gelap la rumah sebab hujan tak berhenti .

&& sekarang ,  kebaaaabommmmm ! eh . eh . hujan kembali lebat . && dengar la sorang budak bucuk bernama Safiah menanges terkejutt . HAHA . padan muka . :P



 pemandangan melalui balkoni rumah

jum tido ? harap-harap lepas bangun dah banjir . kah3 !

di suatu petang nan indah

di suatu petang nan indah . angin bertiup sepoi-sepoi bahasa . ade la seorang hamba Allah ne mengajak adek nye pergi ke kedai .

Na , jum pi kedai .
maka berjalan-jalan la kedua-dua adek beradek itu ke kedai bersama adek bongsu yang jugak mengekori mereka dengan menaiki motor . [DEMAND] . sambil berjalan-jalan , tiba-tiba si kakak memanggil adek nye ,

Na , jum tangkap gambar .

lalu adek nye dengan tidak semena-mena terus memosingkan diri beliau . [ kalau dah nama gila bergambar tu , begini la jadiknye ] lalu , si kakak memanggil adek nye yang sedang menaiki motor untuk mengambil gambar mereka . && ini hasil nye . . . 


kedai yang dituju
barang yang dituju


adakah , adek nye yang bernama Na itu bisu ? sebab tiap kali kakak nye bercakap , adek nye itu tidak memberi sebarang respon secara lisan pun ?

kah !

kah ! kah !

kah ! kah ! kah !

sekian .

baru perasan muka memang naik gila ! operasi menguruskan muka akan bermula sekarang !

May 10, 2011

diam

saya diam ? sila percaya . jarang kott nak tengok saya diam . kalau boleh , 24/7 saya nak bercakap non-stop . tapi cuma certain-certain time saja saya lebih suka berdiam diri . contoh nye bila saya terpaksa berhadapan dengan golongan yang memang tak sekepala . && mungkin saya memang takda mood langsung nak beramah mesra . hek eleh ! poyo kau kinkin . dok wat macam artiss la sangat kan ? =.="

sekarang ne saya nak jadik sepositif yang boleh . taknak pikir yang bukan-bukan . taknak pikir benda yang boleh buatkan kepala pusing 360 darjah . taknak pikir benda-benda yang boleh buatkan kepala saya pening , rungsing && banyak lagik . kadang-kadang saya akui , sebab terlalu memikirkan kemungkinan yang belum pasti , saya jadik terlalu pasif . [tengok , kan dah keluar habis dah ayat pasif && aktif]

your worst enemy is your own thoughts . . .

saya nak jadik cooooooooollll . boleh ? boleh tak ? inshaAllah . saya teringin sangat nak jadik sorang yang sangat steady && cool . kadang-kadang rasa pelik bila tengok orang yang cool . macam mana eh dorang handle emosi dorang bila berhadapan dengan masalah ? tak nampak macam ada masalah pun ? ke memang takda masalah langsung ? kalau takda , jum saya transfer kan sikit masalah saya kat awak . boleh ? awak nak tak ? =.="

Sometimes the answer doesn't lie in the words, but in the silence . . .

diam saya bukan macam orang lain . diam-diam ubi berisi . diam saya makin lama makin kurang isi ! kurang kesabaran . kurang macam-macam . sebab tu kena diam je . kang jadik benda yang bukan-bukan , jangan salahkan saya . saya dah diam . tu  makna nye saya tengah berpikir . tak berpikir pun , tuu tanda nya saya sedang bersabar && cuba jadik cool && sesteady yang boleh ! HAHA . pelik . kenapa kena letak tanda seru entah . emo lebih je kinkin ne . :P

kadang-kadang saya pelik dengan perangai manusia ne . bila saya diam , ada yang tak puas hati . bila saya bercakap , meluahkan apa yang terbuku di hati , macam-macam konklusi dorang buat . sampai jadikan benda sekecik kacang peas pun boleh jadik sepanjang kacang panjang . tu belum lagik di urai-uraikan antara lelaki && perempuan . [ haish ! apakah bahasanye ini ??? ]

tak , bukannye apa sebenarnye . saya just nak bagitau . kalau saya diam tu , bukan sebab saya setuju 100% . && bukan saya tak setuju langsung . it depends la kan ? kadang-kadang saya diam sebab nak jaga perasaan orang lain . nak jaga perasaan && hati saya jugak . nak control marah . tapi pelik , bila saya diam ada je la yang dengki . ada je la yang cuba nak api-apikan saya . && ada jugak la yang tak paham bahasa . cuba pijak kepala saya . sayangsayang sekalian , saya diam sebab saya sayang korang tau . sebab tu saya cuba buat bodo je apa pun yang korang buat . tapi kena la jaga hati saya jugak eh . sebab saya pun sedaya upaya cuba jaga perasaan korang . deal ? HEHE .


sebenar nye , nak cakap itu je pun . tapi taktau kenapa melalut sampai panjang berjela macam ne . semua nye bila pagi tadi ibu marah-marah , then saya diam saja . last sekali ibu pun diam . haaaa ! kan untung tuuuuu ! HAHAHA :P

jangan ade yang terasa tau . saya tulis entri ne saja-saja je . almaklumlah , tengah bosan && agak down hari ne . weeee . jum sambung baca novel jum :)

 its truly amazing what happens when you let go of all the negativity & drama, your days become so much better & easier :)



Late Night Dinner with beloved Family

sedang asyik dok mengadap belog kesayangan && Facebook , tiba-tiba my sis Waniey masuk bilik . dengan muka tersengih-sengih macam kerang busuk , dia bagitau

kekin , cepat . bapak suruh call pizza . order .
omaigodd ! PIZZA ? kenapa dugaan makan tak henti-henti buat serangan berani mati kat saya ne ? bila laa nak dapat berdiet dengan senang hati ne ? serius tension ! 
[mood : serius la sangattt ] 

&& ofcoz macam biasa , jawapan saya 

alaa , kekin dah makan dah tadi . malas ah . 
terus buat muka toya ngadap laptop balik .

hangen betul . petang tadi dah siap makan awal-awal kunun tak baik makan malam-malam . nanti bertambah lemak yang sedia ada . tapi tuptup makan awal-awal , bapak belanja makan pizza pulak . WAAAA . tension . bila tak makan , takde la pulak sesapa nak belanja makan . lepas tuu ada la minah sorang ne dok kebulur cari makan . HAHA . :P

oke , sambung balik situasi tadi . tup-tup lepas beberapa minit , my sis Waniey masuk balik bilik bagitau my sis Eyraa dah tolong orderkan . HAHA . lega hati . tak payah susah-susah nak call . [actually memang perangai dari dulu malas gila nak call benda-benda alah tu semua . HAHA ]

then lepas beberapa minit , dengar la bell kat pintu tu bunyi . dalam hati , 

pizza dah sampai !
&& paling tak boleh blah , saya la orang first yang keluar . HAHA . bukan apa , nak tolong siapkan air ngan piring la . [ baik kan saya ? HIK3 ] 




sempat lagik snap picture . sampai bapak cakap 

menda la photographer ne lambat sangat dok ambik gambaq .

hik .

hik . .

hik . . .

sorry la bapak . ambik gambar guna hp cabuk je . lain la tangkap guna kamera DSLR . iye idak ? HAHA


muhasabah diri

“ Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang , Dia akan mencabut rasa malu dari dalam dirinya . Apabila rasa malu itu telah dicabut (darinya) , maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan . Apabila engkau menemukannya dalam keadaan demikian , maka akan dicabut dari dalam dirinya sifat amanah . Dan jika telah dicabut dari dalam dirinya sifat amanah itu , maka engkau akan menemukannya sebagai seorang yang pengkhianat dan dikhianati . Jika engkau mendapatinya dalam keadaan demikian , maka akan dicabut dari dalam dirinya rahmat . Dan jika rahmat telah dicabut darinya , maka engkau akan menemukannya sebagai seorang yang terkutuk dan terlaknat . Dan jika engkau menemukannya dalam keadaan demikian , maka dicabutlah darinya simpul (ikatan) Islam” 

(HR. Ibnu Mâjah, Hadits 4054).
COPYRIGHT 2011 SHEKYN HAMZAH